Rabu, 12 Oktober 2011

UPSI-PPG / KPM / D042506-JANE

Nama : Jurayah Jane Botohong
Nombor Matrik : D20102042506
Institusi : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Subjek Major : Pendidikan Khas Pemulihan

Salam 1 Malaysia, salam 1 UPSI dan salam sejahtera,

Saya sangat bersyukur dan menghargai peluang belajar yang telah diberikan kepada saya. Saya bangga dapat menimba ilmu melalui bimbingan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang cukup komited dalam menjalankan tugas sebagai pendidik dan pentadbir.
Laman blog saya boleh menjadi bahan rujukan kepada pelajar-pelajar baru di UPSI yang mengikuti kursus atau modul yang sama. Saya juga akan berusaha menyediakan maklumat lain yang berkaitan dan mungkin boleh menjadi bahan rujukan kita semua.

Semoga sumbangan ikhlas saya ini dapat kita manfaatkan dalam pencarian ilmu keguruan.

Ikhlas
Cikgu Jane


_______________________________________________________________








PENGENALAN IQ RESEARCH_PEMULIHAN (SK)

IQ RESEARCH_PEMULIHAN (SK) ini merupakan satu program kajian pemulihan khas untuk sekolah rendah.
Program ini telah dirancang dan dijadikan kajian bagi memenuhi tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah KPD3026. Berdasarkan pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan, saya mengharap laporan aktiviti, nota berkaitan pemulihan dan laporan bergambar dapat memberi maklumat yang berguna serta dapat membantu guru-guru mencari idea yang lebih kreatif dalam pengajarannya.


Di samping itu kejayaan program ini amat penting dalam usaha saya meningkatkan kemahiran mengajar serta membantu menyokong pengajian yang sedang saya ikuti di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah PEMULIHAN KHAS.

Laman Blog ini berkonsepkan perkongsian maklumat untuk guru-guru dan ibu bapa. Di mana, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam IQ RESEARCH ini akan di laporkkan melalui blog ini supaya ibu bapa dapat memantau perlaksanaan aktiviti yang melibatkan anak-anaknya. Sementara guru-guru lain pula, mungkin blog ini boleh dijadikan tempat rujukan idea.

USAHA MURNI ini berteraskan beberapa OBJEKTIF sebagai panduan asas perlaksanaan IQ RESEARCH ini iaitu:
i. Mengkaji dan menyelidik untuk pemulihan dan pengayaan secara menyeluruh.
ii. Meningkatkan kemahiran pelajar menguasai pelajaran melalui kaedah dan teknik yang telah dirancang.
iii. Membimbing murid melepasi linus atau menguasai kemahiran asas mengikut kemampuan IQ maksimum
pelajar.
Pengisian program ini bertemakan "KAJIAN IQ" iaitu mengajar dan membimbing sambil mengkaji pendekatan pemulihan terbaik untuk meningkatkan kemampuan maksimum IQ pelajar.

Tugas mendidik bukanlah tanggungjawab guru sahaja. Ibu bapa juga perlu sama-sama memberi kerjasama memantau pembelajaran anak-anaknya. Di samping itu, komitmen pelajar juga sangat diperlukan supaya kejayaan maksimum dapat dicapai.

Pada PENDAPAT SAYA, jika ibu bapa sanggup mengeluarkan wang untuk membeli buku-buku rujukan, peralatan belajar atau sanggup meluangkan masa menghantar anaknya kelas tambahan, sudah cukup membuktikan ibu bapa tersebut mengharapkan kejayaan anaknya dalam pelajaran. TETAPI semua usaha itu tidak akan berjaya sepenuhnya jika pelajar itu tidak BERSAHSIAH dan tidak mempunyai DISIPLIN tinggi untuk memajukan tahap pembelajarannya.

Keadaan inilah yang sangat memerlukan KEBIJAKSANAAN ibu bapa dan guru. Ibu bapa dan guru perlu berganding bahu untuk mengatasinya. BAGAIMANA CARA MENGATASINYA....????

PERSOALAN inilah yang menjadi isu kajian dan saya salurkan idea-idea pengajaran dan pembelajaran melalui blog IQ RESEARCH_PEMULIHAN (SK) ini. Semoga KEJAYAAN milik kita semua..........

TERIMA KASIH banyak kepada semua ibu bapa dan pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia memberi peluang, kerjasama dan kepercayaan kepada guru-guru.

LAMAN BLOG ini sentiasa terbuka kepada semua pelajar yang dikasih... terutamanya pelajar di SK PEKAN KUDAT 2, KUDAT, SABAH. Selamat datang ke BLOG cikgu dan Selamat Belajar...

Kepada semua GURU-GURU
dan IBU BAPA yang dihormati, saya mengharap kesudian anda mengikuti isu-isu semasa di blog ini. Serta sudi memberi komen atau cadangan di ruang yang telah disediakan.

Terima Kasih..


Cikgu Jane